Tuesday, January 1, 2008

Lelaki Bagaimanakah Yang Anda Mahu?



Memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup bukan semudah memilih baju untuk hadir majlis harijadi. Jika baju, tak suka yang itu,pilih saja yang ini. Kalau warnanya seperti tidak match,pilih saja warna yang lain.


Bagaimana hendak mengenal lelaki yang sesuai, baik dan serasi?

Persoalan ini memang patui menghantui setiap orang sebab tersalah pilih, hidup akan menjadi tidak amat selesa. Macam-macam perkara boleh ditimbulkanoleh sang lelaki, tatkala dia sudah pun bergelar suami. Tidak semudahmenukar baju jika ingin lari darinya. Malah dia bagaikan baju plastik yang melekat di badan.


Jika anda mendapat lelaki yang okey,segala segi,anda sangat beruntung. Hidup anda akan terpenuh dengan keindahan dan kenikmatan. Tetapi jika anda mendapat lelaki tidak okey,segala segi, ibarat anda telah menghampiri ‘neraka dunia’.


Apa kriteria yang boleh anda pegang apabila memilih lelaki:


1.Bagaimana agamanya?

Jika dia nyata mengabaikan kewajibannya sebagai manusia yang beragama, (terutama sembahyang fardu), usahlah harapkan sesuatu yang menarik daripadanya. Mungkin dia kaya dan penyayang serta boleh memberikan semuanya, tetapi haluan menuju ketuhanan, dia bukanlah pilihan terbaik. Betul, bukan semua lelaki yang sembahyang itu baik, tetapi sekurang-kurangnya haluan pimpinannya jelas. Agama diturunkan untuk memantau kehidupan manusia, maka manusia perlu menerima pantauan itu untuk selamat. Soal ini tiada siapa terkecuali.

2.Bagaimana dia melayani ibu bapanya?
Seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah seorang yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap ibu dan bapanya. Anda boleh lihat dengan jelas akan hal ini. Jika dia menangguhkan pulang ke kampung semata-mata untuk anda, dia bukanlah seorang family man,lantas bukanlah calon terbaik untuk menepati ciri-ciri lelaki pilihan. Seorang lelaki yang mengambil berat ibu dan ayahnya adalah seorang yang boleh diharap.

3.Bagaimana dia berkelakuan sewaktu bersama anda?
Jika dia demand beberapa hal yang tidak munasabah dan ‘tidak boleh’ sebelum masanya, dia bukanlah lelaki yang terbaik.Cinta tidak perlu dibuktikan dengan perlakuan-perlakuan sumbang membawa kemurkaan TUHAN. Ramai wanita silap dalam menafsirkan pengorbanan cinta. Berkorbanlah untuk mendapatkan cinta yang sejati,tetapi tidak usah hingga terkorban diri.Ingat,wanita ibarat rama-rama, selagi warna sayapnya tidak terurai,selagi itulah dia diminati dan disayangi.

4.Bagaimana keluarga melayaninya?
Jika boleh dapatkanlah latarbelakang keluarganya. Keluarga yang rosak dan porak peranda biasanya terdiri daripada ahli yang rosak dan juga porak peranda. Perhati juga bagaimana keluarga melayaninya.Jika keluarga baik terhadapnya,itu menandakan dia baik terhadap keluarga.

5.Siapa sahabatnya?
Untuk mengenali dia lihatlah siapa sahabatnya. Sahabatnya adalah cermin untuk dirinya.Jika sahabat-sahabatnya adalah mereka yang baik budi pekerti serta boleh diharap, dia juga sama. Sebaliknya jika dia hanya bergaul dengan orang yang rosak akhlak,dia juga mungkin tidak terkecuali.

6.Apakah kegiatan hidupnya?
Lantaran jika dialah pilihan anda dan putus untuk mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, usah ambil mudah tentang aktiviti hidupnya,maksud saya pekerjaan serta kegemaran serta wawasannya.Ini penting sekali sebab corak kehidupan akan ditentukan oleh apa kegiatan hidupnya serta apa kegemarannya juga apa wawasannya. Pastikan dia mempunya pekerjaan, tidak semestinya makan gaji,perniagaan juga baik. Pertanian, perladangan, penternakan dan juga perikanan juga baik. Semua itu bidang pekerjaan yang mulia. Ramai orang tidak kisah dengan bidang pekerjaan teman lelakinya sewaktu di alam percintaan,kemudian menanggung derita setelah berkahwin apabila mengetahui sebenarnya dia tiada pekerjaan, pemalas bahkan penagih dadah.Sukailah dia dan sukailah pekerjaannya,selagi halal,adalah mulia di sisi ALLAH.


7.Lihatlah diri anda sendiri
Lihatlah diri anda sendiri.Bagaimana lelaki yang ada inginkan begitulah diri anda sebenarnya.Jika anda memiliki akhlak yang baik,dia semestinya juga begitu.Jarang orang yang tidak sama peribadi boleh menjalin hubungan intim dan penuh persefahaman.


8.Semaklah dirinya berpandukan Formula 3E
Ada 3 pecahan daripada formula 3E yang boleh anda suaikan dengan peribadi dan perwatakannya :


i.Lihat sifat-sifat semula jadi serta perwatakan (negatif dan positif) melalui bulan kelahirannya.Misalnya jika dia dilahirkan pada bulan Mac,biasanya (tak wajib betul harus salah) dia seorang yang mudah merajuk,seorang perasa,baik,sensitif,romantik,tahu membalas jasa,bijak,boleh menyelesaikan masalah orang,penyayang serta setia apabila bercinta.Negatifnya dia seorang yang suka berangan-angan dan kadang-kadang sangat pemalas.Pengetahuan anda terhadap perwatakan-perwatakan sebegini memudahkan anda mengenali sifat-sifatnya.

ii.Lihat tarikh lahirnya dan buat kiraan tertentu.Setiap angka dari 1 hingga 9 boleh menerangkan wawasannya.Kita boleh membaca fikiran orang sekiranya kita tahu angka peribadinya.

iii.Kenali warna kegemarannya dan dapatkan definisinya.
Mengenali lelaki adalah cabaran utama wanita dalam langkah pertama membina cinta.Mengenali peribadi dan psikologi lelaki pula adalah langkah tuntas menuju kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga setelah berkahwin.Lelaki bagaimanakah yang anda inginkan?Pilih,kemudian tafsir,renung dan fikir,usah suka,terus ambil kemudian kahwin lalu menderita.Anda mampu mengubahnya

No comments: