Tuesday, January 1, 2008

Michelle Blog

Selamat Datang ke Michelle Blog ...Blog ini dicipta untuk menyampaikan info2, cerita dan tips2 menarik...Untuk posting yg pertama nih, saya tanak tulis panjang2...Kepada semua pembaca yang datang ke blog saya ucapkan:

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!!



SELAMAT TAHUN BARU!!

Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai tempat anda melepak, bersembang, mencari info2 baru, mencari kawan baru, menyampaikan info2 kepada org lain, dan tempat bertukar-tukar pendapat serta mempelajari sesuatu yang baru. Kehadiran anda semua di sini amat saya hargai.

Rahsia Di Sebalik Warna Bunga Ros




Hati sering tertanya-tanya apakah maksud warna bunga ros yang pernah diterima. Apakah ia melambangkan rasa kasih, cinta, simpati ataupun sekadar teman biasa? Sebenarnya bunga ros mempunyai pelbagai warna yg mengandungi maksud tersirat. Takut nanti tersalah andaian diri sendiri yang malu. Di sini adalah andaian banyak pihak tentang maksud tersirat di sebalik warna bunga ros.


Bunga Ros Merah:

Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya.


Bunga Ros Kuning:

Si dia mahu kamu menjadi sahabatnya atau ia menandakan perasaan cemburu terhadap kamu.


Bunga Ros Putih:

Rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu.

Bunga Ros Merah Jambu:

Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya kamu adalah insan yang menjadi idamannya selama ini.

Tentang Cinta



Cinta.....

Sekiranya kamu dapati dirimu menyintai seseorang yang tidak membalas cintamu, janganlah merasa tersisih dan sedih. Tiada salahnya menyintai seseorang kerana cinta tidak memilih untuk singgah di hati seseorang.

Sekiranya kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi selitkan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur. Jangan ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

Bagaimana kamu mengurusi cinta begitulah kamu mengurusi dirimu dan setiap hati dan perasaan mengalami kepedihan dan kebahagiaan yang serupa sekalipun cara kita mengendalikannya berbeza.

Sekiranya kita bercinta dengan seseorang yang begitu menyintai diri kita dan tiba tiba cinta memilih untuk pergi, tiada siapa yang harus dipersalahkan, relakanlah cinta itu pergi. Kerana setiap yang berlaku ada maksud yang tersembunyi. Dan kita akan menyedari apabila masa silih berganti.

Ingatlah bahawa jangan terlalu memilih cinta. Kerana cinta itu sendiri akan memilih untuk singgah di hati sesiapa. Kamu hanya perlu menerima kehadiran cinta itu dengan segala misteri didalamnya apabila ia datang mengetuk pintu hatimu. Nikmatinya sebagaimana ia membuat hidupmu bahagia dan bebaskan ia. Cinta sentiasa dan selamanya akan menjadi misteri. Bersyukurlah kerana ianya pernah singgah di hati kamu…"

Saya sayang awak! "

Mengenal Diri Melalui Wajah


Di bawah ni adalah sedikit ramalan mengenai diri anda melalui wajah anda. Tapi..jangan percaya 100%..kalau betul ia mungkin secara kebetulan..



DAHI

Anda mempunyai dahi yang berkerut-kerut secara tegak di antara mata?Kerut tersebut menunjukkan bahawa anda mendorong diri kuat bekerja dan bertujuan kesempurnaan dalam semua hal.
Kerut tunggal yang mendatar di antara mata anda?Kerut mendatar tersebut menunjukkan bahawa anda seorang yang bertanggungjawab. Anda mesti dapat tahu cara untuk meringankan beban anda.


TELINGA

Telinga anda jabing?Telinga tersebut menunjukkan bahawa akal anda tidak biasa. Anda cerdik-pandai tapi anda juga seorang yang keras hati.
Telinga anda runcing?Menunjukkan bahawa anda tidak sebagai berapa baik hati. Anda cerdik dan kreatif.



CUPING TELINGA

Kerut tegak di cuping telinga anda?Berjaga-jaga untuk masalah jantung, anda perlu menjaga diri lebih baik.
Cuping telinga anda bersambung dengan rusuk kepala?Anda suka mengarah dan memberi perintah. Orang lain melihat anda seorang yang berfikiran dangkal.


BULU KENING

Bulu kening anda bertemu di tengah?Jangan ambil pusing hal-hal kecil. Akal anda selalu sibuk dan agak sukar untuk anda bersenang-lenang. Jangan selalu berkecil hati dan sedih.
Bulu kening anda selalu tidak teratur dan liar?Bulu kening tersebut menggambarkan akal anda agak huru-hara dan tidak biasa. Anda boleh tidak berbudi. Anda boleh melihat segi semua dalam setiap isu yang mana mencampurkan anda dalam banyak pertengkaran. Selepas berkhayal berusia 30-an tahun, akhirnya anda mengatur diri sendiri dan berjaya.


MATA

Mata anda berdekatan satu sama lain?Anda mempunyai pendekatan hidup sempit dan begitu berkira sangat. Walau bagaimana pun agak kurang sabar, anda boleh menilaikan dunia sekeliling anda dengan tepat dan menggunakan pengetahuan tersebut dengan baik.
Mata anda berjauhan satu sama lain?Anda seorang penyabar dan berfikiran luas. Walau bagaimana pun, anda mudah ditipu juga dan bila hal berlaku buruk, anda selalu emosi.
Mata anda ke dalam?Anda berwaspada dan pendiam. Walau bagaimana pun anda agak romantik, anda selalu realistik dalam percintaan. Biasanya anda berjaya setelah 30-an.
Mata anda tersembul?Anda teguh hati dan egotistik. Anda benci jika anda dipotong oleh orang lain.


HIDUNG

Berada bentuk seperti bola kecil di hujung hidung?Anda seniman atau seniwati dan anda menghargai mutu dan kecantikkan.
Di hujung hidung anda berbentuk seperti bawang?Anda merindukan kesejahteraan dan anda menjadi seorang pengumpul.


MULUT

Sudut mulut anda melengkung ke atas walaupun anda tidak tersenyum?Bererti anda selalu sedia mendengar yang terbaik daripada orang. Anda bersikap positif dan jarang bersendiri.
Mulut anda melengkung ke bawah secara semulajadi?Anda bersikap mudah putus asa dan anda mencurigai kebanyakan apa yang anda dengar. Anda rasa tidak sangat rasa kecewa karena anda telah menjangkanya dari awal. Kebahagiaan datang agak lewat di hidup anda yang bermula lewat 40-an.


GIGI

Berada ruangan di antara gigi depan anda?Anda berani dan sanggup menanggung risiko. Tetapi anda selalu mengubah fikiran.
Anda mempunyai dua gigi depan yang besar?Menggambarkan anda degil, tidak sabar dan perlu selalu diyakinkan.


DAGU


Dagu anda runcing?Anda suka menguasai. Cerdik dan peka dan agak kepala angin. Anda benci menerima perintah tanpa kejelasan kukuh.
Dagu anda lemah?Anda suka kepada keamanan. Anda lebih suka mengikut perintah daripada memberinya. Anda menghindari konflik walau apa pun terjadi. Bahayanya iaitu kekurangan cita-cita dan tidak bersedia untuk bersara.


TAHI LALAT


Tahi lalat berwarna kemerah-merahan selalu tanda keuntungan, mana saja munculnya.
Tahi lalat gelap lebih sial, khususnya kalau mengubah bentuknya atau besarnya.
Kalau tahi lalat mengubah bentuknya atau besarnya, beritahu doktor anda dan minta nasihat. Boleh ada tanda awal kanser kulit.
Di tepi rambut: Kekayaan.
Di antara bulu kening: Kebijaksanaan.
Di hujung hidung: Kekayaan anda selalu bawah ancaman.
Di bahagian dalaman telinga: Anda berbakat dan panjang umur.
Di pipi sebelah kanan: Kehidupan anda berjaya.
Di pipi sebelah kiri: Anda rajin.
Di setiap pipi: Anda akan berjaya selepas bekerja keras.

Rahsia Di Sebalik Tulisan


Tiap manusia ini mempunyai corak tulisan yang berbeza-beza.Walaupun ada yang cuba untuk meniru tulisan orang lain, tapi jika diperhatikan sebaik mungkin pasti ada perbezaannya.Dipercayai, melalui tulisan juga kita boleh belajar mengenali diri seseorang.Wah! Ini sudah bagus kan? Tapi ada syaratnya.Alah, bukannya susah.Tapi tulisan yang hendak di’baca’ itu mestilah ditulis dalam keadaan tenang.Seandainya ia ditulis dalam mood yang tak tenteram dan tergesa-gesa, mungkin tulisan itu lebih kotor dan hodoh..Itu tak boleh dikira kerana bentuk tulisan yang tergambar itu bersifat sementara saja.



[Tulisan berubah-ubah]
Ada orang yang bentuk tulisannya tidak pernah berubah-ubah sejak dari dulu lagi.Ha..itu menandakan bahawa dia juga seorang yang sukar untuk berubah.Maknanya dia lebih suka mengekalkan personaliti dirinya yang sedia ada sejak dulu.Sebaliknya jika tulisannya sering berubah-ubah, bermakna dia sentiasa mengalami pembentukan dan pembangunan personaliti dirinya malah dia juga bersikap individual.Dari segi membuat sebarang keputusan, orang yang tulisannya tidak berubah sejak dulu lagi lebih tetap pendirian dan lebih tegas.Manakala mereka yang sering berubah corak tulisan mereka dikatakan lebih mudah untuk berubah fikiran.Bukan bermaksud mereka ini tidak berpendirian langsung tapi keputusan mereka itu masih boleh dipengaruhi oleh orang lain.



[Kecondongan tulisan]
Tegak - Sekiranya tulisannya itu tegak saja bermakna dia seorang yang rajin, bertanggungjawab, pandai bergaul dengan orang lain dan sikapnya amat menyenangkan.Dia juga mampu membuat keputusan dengan wajar dan tepat.
Condong ke kanan - Orangnya bersikap terbuka sama ada dalam pergaulan biasa atau hubungan cinta.Namun dia ini juga sentiasa memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada orang lain dalam apa juga yang dilakukannya.Dalam erti kata lain, mereka ini kurang yakin dengan tindakan yang diambil dan memerlukan pendapat dan pandangan orang lain untuk menyakinkan diri mereka sendiri.Mereka juga mudah ditimpa perasaan cepat bosan jadi sebab itu cukup pantang kalau mereka kena tunggu lama!
Condong ke kiri - Dia ini seorang yang sensitif walaupun mungkin dari segi luaran nampak dia ini seolah-olah tak kisah sangat.Selain itu, dia juga seorang yang amat berhati-hati dalam apa juga yang dilakukannya kerana dia tidak mahu timbulnya sebarang penyesalan di kemudian hari nanti.Walau bagaimanapun jangan tak tahu, mereka ini seorang yang cukup setia kepada orang yang dicintainya! Cayalah!


[Saiz tulisan]
Besar - Ini menandakan dia seorang yang kurang matang namun dia inginkan orang lain mengikut caranya.Sebab itu mungkin akan timbulnya perselisihan dengan orang sekeliling.Bahkan dia juga amat gembira jika ada orang yang memandang tinggi terhadap keupayaan dirinya.
Kecil - Bentuk tulisan kecil ini menandakan dia seorang yang berfikiran jauh dan bersikap akademik.Selain itu dia juga sebenarnya seorang yang sensitif dan mudah tersentuh jiwanya.
Semakin lama semakin besar - Jika dilihat, mulanya saiz tulisannya taklah besar sangat tapi semakin banyak dia menulis, saiznya bertambah besar.Ini menandakan dia seorang yang berfikiran terbuka tetapi agak kurang berhati hati dalam tindakannya.
Semakin kecil - Ha.. ini pula membawa maksud bahawa dia seorang yang cukup berhati hati tetapi suka menyimpan rahsia.Tapi awas, dia mungkin sanggup berbohong untuk menutup kesalahan dirinya. Kata orang, bohong sunat!



[Bentuk tulisan]
Lebar - Ia menandakan bahawa dia seorang yang aktif dan suka melibatkan diri dalam pelbagai persatuan dan pertubuhan.Selain itu dia juga gemar mengembara sambil bercuti.Tapi nampaknya dia ini kurang bijak dalam menjaga hati teman-teman.
Tulisan kurus - Ternyata dia akan melakukan perkara-perkara yang hanya digemarinya saja.
Tulisan bersegi empat - Otak matematik rupanya dia ni.
Tulisan bulat - Ini menandakan dia seorang yang suka bergaul dan penyayang.
Bersambung - Pemikirannya berdasarkan logik.
Bercerai cerai - Segala tindakannya lebih cenderung mengikut gerak hatinya saja!



[Jarak tulisan]
Tulisan jauh - Sekiranya dia mempunyai jarak antara tulisan agak jauh, bermakna dia sukar didekati dan tak suka orang lain terlalu rapat dengan dirinya.Bukan apa, jika dia mungkin akan bersikap mengongkong atau bergantung pada orang-orang yang rapat dengan dirinya itu.
Tulisan rapat - Memang mudah untuk berdampingan dengan dia ini kerana dia juga berfikiran terbuka.



[Ruangan di tepi]
Perhatikan ruang yang ditinggalkan pada muka surat itu. Sekiranya :
Ruang kiri kanannya sama, jarak ruang di kiri dan kanan muka surat itu adalah sama besarnya -Itu bermakna dia seorang yang berfikiran optimistik.
Ruang muka surat sebelah kiri kecil - Itu menandakan dia seorang yang amat sensitif sebenarnya!
Ruang muka surat kanan kecil - Sememangnya dia seorang yang rajin namun sukar membuat pertimbangan yang sewajarnya.
Penuh satu muka surat - Ternyata dia seorang yang amat tegas dan mempunyai banyak ide bernas yang boleh dikongsi bersamanya

Rahsia Personaliti Melalui Gaya Cuti


PULAU


Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!


Personaliti

Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan

Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.


BANDAR-BANDAR BESAR


Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti

Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan

Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMAS


Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti

Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan

Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.



BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.


Personaliti

Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan

Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.



GUNUNG-GANANG


Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti

Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan

Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali

Mengenai Sifat Anda Melalui Jenis Darah


Jenis darah selain boleh menjadi panduan utk menentukan diet yg sesuai, ternyata boleh juga meneropong watak dan keperibadian seseorg. Hasil kajian yg dilakukan di Jepun terhdp beberapa jenis darah, ada beberapa keperibadian tertentu yg dikatakan sesuai dgn jenis darah org yg berkaitan. Anda boleh lihat sendiri apakah anda mempunyai keserasian dan sifat-sifat tertentu berdasarkan penelitian dibawah ini:
KUMPULAN DARAH ‘O’
Ini adalah jenis pemimpin. Saat melihat sesuatu yg diinginkan, org dgn kumpulan darah ini akan berusaha mencapainya. Anda juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan percaya diri yg kukuh. Kelemahan anda adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif.

KUMPULAN DARAH ‘A’
Anda suka keselarasan, kedamaian dan organisasi. Boleh bekerjasama dgn baik dgn org lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan anda adalah tidak boleh melakukan sesuatu dgn santai dan cenderung keras kepala..

KUMPULAN DARAH ‘B’
Anda punya tabiat keras dan individualis, suka terus-terang tanpa memikirkan org lain dan melakukan segala sesuatu dgn cara sendiri. Namun anda juga kreatif & fleksibel & boleh beradaptasi dgn mudah terhadap situasi. Namun kelemahan yg anda miliki adalah cenderung terlalu mandiri, yg boleh merugikan..

KUMPULAN DARAH ‘AB’
Dingin dan terkawal, makanya tak menghairankan teman menjadikan anda sebagai tpt berkongsi cerita, terutama urusan perasaan dan hati. Anda dilahirkan utk menghibur org lain secara semulajadi. Namun sayangnya anda cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain.

Rahsia Mata dan Pemikiran


Mata adalah lambang perjalanan pemikiran seseorang manusia:

1. Jika mata jarang berkedip, menandakan orang itu sangat tajam pemikirannya, dan jika tak berkedip langsung bila ia bercakap, dia sangat tajam dalam sesuatu bidang, sebab konsentrasi dia sangat kuat sekali. Orang ini sangat berpotensi jadi saintis atau pakar dalam pelbagai bidang.


2. Jika renunganya matanya tajam macam renungan mata harimau ,orang ini sangat bersungguh dalam melakukan sesuatu, dan tajam juga pemikiranya dengan syarat matanya kurang berkedip. Dan dia ada dua sifat exstrem sama ada sangat jahat atau sangat baik jika dia berpeluang berbuat demikian..


3. Mata sering berkedip seolah-olah ada habuk masuk mata , orang ini kurang cerdas dari segi pemikiran dan kurang pandai dan mudah kena tipu.


4. Renungan mata yang lemah, menandakan orang ini kurang tajam pemikirannya dan kurang bijak, atau dalam kata lain dia hanya berpotensi jadi watak pelakon tambahan atau watak orang kampung dalam filem Hindustan.


5. Jika seseorang memiliki mata yang kecil, tajam renungannya dan tak berkedip, dan jika ada cahaya, orang ini sangat hebat dan memiliki sifat ekstrem samada bijak dan sangat jahat atau bijak dan sangat baik serta sangat berpotensi jadi pakar, mata jenis ini ramai dimiliki oleh orang Barat.


6. Jika matanya renungan tak tajam tapi renunganya seolah-olah nampak sangat jauh orang ini bijak dan fikiranya adalah unik dalam berfikir dan bijak sekali dan jarang pegang watak jahat biasanya watak baik sahaja dengan syarat jangan banyak kedip. Nak tahu mata jenis ini lihat mata Dr. fazilah kamsah, Dr. Mahathir dan ramai orang Jepun memilikinya.


7.Jika mata besar macam mata lembu, maka orang ini kurang bijak dan lagi teruk jika tak tajam renunganya dan tak bercahaya matanya.


8. Jika mata seseorang sering berkeliaran biji mata hitamnye, jaga-jaga orang ini kaki belit sikit dan suka tipu dan tak bijak bahagian ilmu. Sukar dipercayai dan dibuat kawan.


# Sekadar bacaan, bukan untuk dibuat pegangan.






Rahsia Mengenai Wanita Dari Cara Berjalan



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.


5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Tanda Kekasih Curang?


PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.


Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?


Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:


Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.


Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.


Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.


Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.


Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.


Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

Rahsia Isyarat Tubuh Wanita



Sebagai seorang wanita, seringkali anda mempamerkan senyuman kepada oang lain. Mungkin ada yang gemar tersenyum lebar sehingga memperlihatkan barisan gigi anda. Mungkin ada yang senyum tanpa memperlihatkan gigi. Masa anda tersenyum juga berbeza-beza. Mungkin dua saat. Mungkin hampir seminit. Semuanya bergantung atas sebab-sebab tertentu. Namun berhati-hatilah, setiap senyuman yang anda lahirkan, boleh mengungkap sesuatu yang anda cuba sembunyikan daripada orang lain.


Tahukah anda bahawa suatu senyuman yang sebenarnya, dapat ditandai dengan munculnya kerutan-kerutan dipinggir bahagian luar mata. Apabila anda mendapati wanita melontarkan senyuman dengan tanda-tanda tersebut, wanita itu sungguh berasa senang, tidak berpura-pura. Untuk memahami keadaan sebenarnya si wanita, tidak cukup dengan sekadar mengamati bibirnya yang tersenyum, harus dilihat secara keseluruhan..

Seorang lelaki perlu memperhatikan seberapa besar wanita yang ditemuinya menunjukkan bahagian tapak tangannya. Apabila wanita itu melakukan gerakan-gerakan yang mengungkap bahagian tapak tangannya itu, atau dia menyilangkan kakinya ketika duduk kemudian meluruskannya lagi, hingga menampakkan sebahagian pahanya, itu merupakan suatu indikasi niat si wanita untuk menunjukkan sikap terbukanya.


Perilaku lain dengan makna serupa, yang juga boleh menjadi ciri universal bahasa tubuh wanita, adalah dalam gerakan-gerakan memiringkan atau memutar kepala hingga dapat menampakkan bahagian lehernya.


Tanda-tanda lain bahawa wanita berasa dirinya kurang senang dengan lelaki teman bicaranya, boleh dilihat dari gerakan-gerakan tubuh yang berlebihan seperti dalam menyilangkan kaki, melipat tangan , atau kedua bibirnya terkatup erat.


Malah seorang wanita yang kerap menyentuh atau merapikan rambutnya dengan jari-jari tangannya dapat diertikan sebagai wanita yang suka mendapat belaian. Namun, seorang wanita yang merasa tertarik kepada seoang lelaki ketika bertemu, dapat memberi bahasa tubuh berupa menyibak rambutnya agar tidak menutup wajah. Itu boleh juga dianggap sebagai salah satu isyarat godaan. Sedangkan apabila wanita malah membiarkan rambutnya menutupi wajah atau membiarkan rambutnya menutupi wajah atau terurai menutupi sebahagian matanya, dapat diertikan wanita itu berusaha mengurangi tingkat suatu hubungan.


Lelaki juga boleh mengamati gerakan kaki wanita. Apabila bercakap-cakap gerakan kakinya tampak gelisah, atau mengarah ke pintu, itu bererti si wanita ingin keluar dari suasana yg ada saat itu. Meskipun dia tampak senang, misalnya dengan tertawa-tawa atau banyak tersenyum. Sebaliknya apabila wanita mulai menggerakkan kaki bagai ingin melepaskan kasutnya, dengan tingkah dan cara yang sugestif, itu merupakan suatu isyarat perhubungan akan terus berkesinambungan dengan baik.

Kenali Personaliti Melalui Bentuk Punggung dan Paha



Punggung dan paha merupakan pusat segala pergerakan badan. Ia menentukan cara kita bergerak memajukan diri kita dalam kehidupan. Terdapat 5 bentuk punggung dan paha iaitu seimbang, bulat, rata, besar dan tinggi.


1. Seimbang
Paha dan punggungnya seimbang. Tidak terlalu besar.Tidak terlalu kecil. Tidak terlalu bulat. Tidak terlalu rata. Pemiliknya dikatakan seorang yang tenang dan pemurah. Bakal ibu dan bapa yang baik. Seorang ibu yang sangat penyayang. Seorang bapa yang jelas pemikiran ke mana hala tuju keluarganya dan sangat berjaya dalam kerjayanya. Perjalanan hidup teratur tanpa banyak masalah dan stabil.


2. Bulat
Individu yang mempunyai punggung yang bulat adalah seseorang yang berjiwa kental, idealistik, periang, sentiasa bersemangat, pandai mengawal perbelanjaan, suka bersosial dan boleh bergaul dengan sesiapa sahaja. Kuat mengharungi segala cabaran hidup sama ada cabaran yang baik atau yang buruk.


3. Tinggi
Punggung tinggi ke atas. Orang ini dikatakan mempunyai daya seks yang sangat tinggi. Sangat disukai ramai. Tidak kisah dengan kata-kata negatif orang lain. Hatinya tidak mudah sensitif dengan kata-kata yang diluahkan orang lain. Suka berseronok. Orang ini suka membuat sesuatu mengikut hati dan perasaan bukan fikiran menyebabkannya sukar mendapat status tinggi dalam masyarakat.

4. Besar
Pemilik punggung besar dan paha besar seorang yang romantik. Subur. Sihat. Penuh rasa cinta. Sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita. Ceria, pemurah dan bijak menguruskan kewangan. Baginya tidak ada yang mustahil. Segalanya boleh diatasi. Jenis ‘no problem’. Sentiasa mengukur kejayaan diri dengan jumlah harta dan wang yang mampu dikumpulkan.

5. Rata
Punggungnya rata atau hampir sama rata dengan badan. Ia melambangkan empunya diri yang lurus, bijak dan terlalu idealistik. Tidak pandai mencari peluang berniaga. Jika perempuan, ia dikatakan tidak subur dan tidak mempunyai anak lebih dari satu. Tidak mempunyai perancangan masa depan yang jelas. Terlalu berserah kepada keadaan tanpa ada insiatif untuk memajukan diri.

Kenali Personaliti Melalui Bentuk Perut


Umumnya, bentuk perut berkait rapat dengan kekayaan dan status masyarakat.Bentuk perut yang paling ideal ialah tidak terlalu kurus dan tidak terlalu rata. Paling bagus apabila perut itu bulat dan nampak buncit sedikit kerana ia melambangkan panjang umur, murah rezeki, ramai anak dan nama yang baik. Perut yang terlalu buncit pula melambangkan sikap yang tidak sopan walaupun banyak duit. Jika keseluruhan badannya berisi, orang ini dikatakan materialistik dan pandai berniaga. Secara khususnya bentuk perut boleh dikategorikan kepada 4 jenis iaitu bulat, buncit, tinggi tajam dan rata.

Bulat
Perut bulat dan agak buncit sedikit. Pemiliknya dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum pakainya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki.

Buncit
Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan.

Tinggi Tajam
Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Individu ini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi.

Rata
Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana banyak. Meskipun ‘trend’ masakini yang inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas

Wangian Melambangkan Personaliti




Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu



BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.



BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.



OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.



HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !



ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.



KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.

Rahsia Di Sebalik Baju T



Tahukah kamu bahawa lukisan pada baju T yang kamu pakai sehari-hari mengandungi pelbagai rahsia di sebaliknya? Pada kamu biasa atau untuk suka-suka. Tetapi bagi yang melihatnya, ia secara tidak langsung menterjemahkan imej atau peribadi sebenar kamu. Namun ini semua tidaklah seratus peratus betul. Kalau betul pun, anggaplah ia sebagai kebetulan sahaja.


Gambar Tempat-tempat Yang Menarik Dan Unik
Kamu gemar memakai baju T yang mengambarkan tempat-tempat yang menarik seperti menara KLCC, jambatan Pulau Pinang, Kuala Terengganu. Ini menunjukkan kamu sukakan kegiatan pengembaraan yang adventure. Di samping itu kamu juga diterjemahkan mempunyai peribadi yang berani dan tegas. Bersesuaian dengan kegemaran yang suka mengembara, kamu memang tidak suka mendiami sesuatu tempat dalam masa yang lama. Kamu juga seorang yang sangat aktif dan tidak boleh duduk diam.

Gambar Personaliti Yang Disanjungi Atau Kumpulan Rock
Sudah menjad perkara biasa bagi remaja memakai baju T dengan gambar personality atau artis popular sama ada dari dalam atau luar negara seperti Limp Bizkit,Nsync, XPDC dan sebagainya. Kamu digambarkan sebagai seorang yang suka bergaul bersama dengan golongan-golongan yang tertentu sahaja. Kamu juga tidak pernah gentar atau peduli apa orang lain fikir mengenai kamu. Kalau kamu gemar memakai baju T dengan gambar heavymetal, kamu merupakan seorang yang nakal dan degil. Kamu megah dengan sikap demikian. Kalau kamu suka gambar kumpulan baru yang popular, ia menggambarkan kamu sukakan sesuatu yang baru. Lain pula kalau kamu suka gambar personaliti yang terkenal menunjukkan kamu seorang yang sombong dan adakalanya bangga tidak menentu.

Gambar Iklan
Ini menggambarkan kamu seorang yang mudah mesra dan peramah. Dalam kehidupan seharian pula, kamu seorang yang terlalu cerewet dan behati-hati terutama dalam soal kewangan dan perbelanjaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kamu seorang yang kedekut. Dalam soal berfesyen, kamu merupakan seorang yang simple dan tidak suka warna-warna kilat yang gemerlapan. Jangan kecewa jika ada yang menterjemahkan kamu sebagai seorang yang ketinggalan zaman.

Gambar Logo Dan Lambang Perniagaan
Seseorang yang memakai baju yang mengandungi logo atau lambing perniagaan, kamu dianggap seorang yang angkuh atau suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain dalam pelbagai hal. Kamu juga sangat mementingkan status dan sangat pemilih terutama dalam memilih rakan untuk bergaul. Namun tertanam juga sifat positif iaitu kamu juga sebenarnya sangat berbudi bahasa dan suka tolong menolong, tetapi sesama lingkungan kamu sahaja.

Gambar Kolej Atau Universiti
Jika kamu seorang pelajar di kolej tersebut, menunjukkan kamu benar-benar menghargai kolej kamu. Sesuailah sekiranya kamu menjadi pelajar kolej tersebut kerana ia menandakan kamu seorang yang sangat menghargai ilmu pengetahuan. Kamu juga sangat menghargai status dan taraf sosial.

Lukisan Tangan
Kamu digambarkan sebagai tergolong dalam masyarakat yang sangat mementingkan rumah dan keluarga. Kamu juga seorang yang sangat artistik, peramah dan suka mendapat perhatian. Malah kamu mempunyai citarasa yang tinggi dan tidak suka berahsia.


Gambar Dengan Warna Neon
Kamu sebenarnya ingin menjadi tumpuan. Kamu mahu masyarakat di sekeliling sentiasa mengambil berat tentang diri kamu. Individu yang gemar memakai baju T seperti ini digambarkan seorang yang banyak bercakap, periang, popular dan sentiasa mahu menjadi tumpuan. Rakan-rakan sekeliling kamu juga begitu memerlukan kamu. Tapi berhati-hati. Jangan sampai ada yang cuba mengambil kesempatan dari kamuTertulis Dengan Kata-kata


Jenama Atau Kartun
Kamu digambarkan sebagai seorang yang murah hati dan sentiasa bersedia menolong mereka yang amat memerlukan. Kamu tidak pandai menyimpan rahsia dan sering bersikap terbuka. Kamu juga sangat menggemari dunia hiburan, sentiasa berusaha memberi kesenangan pada orang lain dan suka mengkaji kehidupan yang penuh kegembiraan. Dari segi pergaulan, kamu senang diajak bergurau dan berjenaka. Tak mudah ambil hati atau merajuk.

Kemeja T Yang Ketat
Jika kamu suka memakai kemeja T jenis ini, kamu digambarkan sebagai seorang yang sentiasa dahagakan pujian dari orang lain, seorang yang out-going dan sukakan kehidupan yang happy go lucky. Kamu jarang menunjukkan imej kamu yang sebenarnya. Walaupun demikian, dalam urusan kerja kamu lebih suka untuk melakukan dengan sempurna.Kemeja T Kamu Longgar Dan


Koyak
Kamu benci sikap hipokrit. Kamu seorang yang emosional tetapi tidak terpengaruh pada sesiapa pun. Apa yang dilihat itu yang sebenarnya mementingkan keselesaan dan kesejahteraan dalam hidup kamu.

Baju T Kosong
Jika kamu sukakan kemeja T kosong tanpa sebarang gambar hiasan atau berwarna lembut, ia menunjukkan kamu suka bersendiri dan berahsia. Apa sahaja rahsia yang kamu terima, hanya kamu sahaja yang mengetahuinya. Walaupun demikian, sikap kamu sangat terbuka dan sentiasa menerima teguran dari sesiapa sahaja. Kamu bersikap agak ketinggalan dan lebih suka memerap di rumah

Rahsia Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar


Seluar Jeans
Lelaki yg menggemari seluar jeans adalah seorang yg optimis & tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi org yg disayangi, sanggup berkorban apa saja tapi sering tersilap mengambil keputusan.

Seluar Baggy
Lelaki yg meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu2 dlm mengambil keputusan, lemah lembut.

Seluar Warna Terang
Lelaki yg lebih suka memakai seluar yg berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang bila selesaikan masalah.

Seluar Gantung / Hanger
Lelaki yg sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yg misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

Seluar Ketat
Lelaki yg menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tapi baik

Rahsia Warna dan Corak Tali Leher



Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.

Biru.
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.


Merah.
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.


Hitam.
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.

Kuning.
Muda, penuh harapan dan bahagia.

Hijau.
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.

Cokelat.
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.

Bergaris.
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.

Polkadot.
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang.
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.





Rahsia Keperibadian Di Sebalik E-Mel Seseorang



Gunakan Nama Penuh

Sekiranya dia menggunakan nama alamat emelnya dengan nama penuhnya, contohnya nurhanis_alias@yahoo.com .Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya.Tapi ingat ,jangan cuba hendak memperlekehkannya.


Nama Depan Dan Tengah Contoh: Amir Hanif Abdullah. Dia menggunakan alamat emelnya sebagai amirhanif@yahoo.com iaitu nama awal dan tengah tanpa nama bapanya. Ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.


Nama Dan Tahun Contoh: FaraH2003@yahoo.com .Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan.Pendek kata dia juga menunjukkan .. pegangan yang mudah berubah-ubah.


Nama Samaran Hehheh… ramai yg suka buat email begini..Contohnya funny_girlz@yahoo.com .Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.


Nombor Dan AbjadContoh: wbi1208@yahoo.com. Nama diwakili dengan nombor + abjad sahaja.Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang .Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sahajalah

Rahsia Kasih Sayang Berdasarkan Bulan



Januari

-Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati- Sukar setia pada yang satu.- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.


Febuari

-Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.- Amat hormat kepada pasangan.- Amat suka memikat pasangan.- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.- Kurang beremosi terhadap pasangannya.- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12


Mac

-Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati- Sangat baik dalam menjaga perhubungan- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.- Persaan cemburu yang minima.- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.- Berprasangka terhadap pasangan.- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.


April

-Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.- Sentiasa ingin diberi perhatian.- Amat cemburu dalam perhubungan.- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.- Romantik dan terlalu romantik- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ‘hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.


Mei

-Amat mudah jatuh cinta.- Baik dan jujur dalam perhubungan.- Pandai menarik hati pasangan.- Perasaan cinta yang mendalam.- Mudah untuk dipujuk.- Kurang suka untuk sentiasa bersama.- Mudah menerima cinta seseorang.- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.- Ambil berat dalam menjaga hubungan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11


Jun

-Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.- Cerewet dalam hubungan.- Selalu beremosi.- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.- Cepat rasa bosan dalam percintaan.- Kurang yakin dalam perhubungan.- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.- Dahagakan pujian dari pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.


Julai

-Amat suka didampingi pasangan.- Sukar dimengerti oleh pasangan.- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.- Amat menghargai kesetiaan pasangan.- Mengambil berat dan mengasihi pasangan- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.- Suka merajuk dan dipujuk.- Setia terhadap pasangan.- Suka mendengar dan tidak suka membantah.- Cemburu terhadap pasangan.- Suka menilai dan menjaga perhubungan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7


Ogos

-Tidak serius dalam perhubungan- Mengambil mudah dalam perhubungan- Kesetiaan di ragui.- Pandai memujuk pasangan- Suka memimpin pasangan.- Romantik, Pengasih dan Penyayang.- Kelam kabut dalam perhubungan.- Sering bertukar pasangan- Sukar mencari pilihan yang tepat- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.


September

- Bersopan dalam hubungan- bertolak ansur terhadap pasangan- Suka mengkritik pasangan- Sangat prihatin terhadap pasangan- Sangat sensitif dan emosi- Pandai memahami pasangan- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan- Amat memilih pasangan- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11


Oktober

- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.- Sopan terhadap pasangan.- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.- Sukar menerima pandangan pasangan.- Emosi yang mudah terusik.- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.- Cemburu dan terlalu cemburu.- Romantik- Memahami pasangan.- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.


November

- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.- Mudah ambil berat terhadap pasangan.- Tidak menghargai perhubungan.- Sambil lewa dalam perhubungan.- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.- Kurang bersama dengan pasangan.- Pasangan Ideal: 4, 7


Disember

- Pemurah terhadap perhubungan- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.- Tergesa-gesa dalam perhubungan- Suka didampingi oleh pasangan.- Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)- Suka mempengaruhi pasangan- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.

Bagaimana Mengetahui Si Dia Adalah Jodoh Anda?




PERKAHWINAN adalah hubungan intim yang paling mencabar, namun ia juga sumber kegembiraan dan kepuasan jiwa. Bagaimanapun, suka untuk mencapai apa yang semua manusia mahukan daripada perkahwinan itu. Satu perkara buruk yang menjadi mimpi ngeri ialah perkahwinan yang tidak bahagia. Oleh itu, setiap keputusan untuk memilih pasangan hidup dan berkahwin adalah keputusan yang paling rumit untuk dibuat.
Boleh menerima perbezaan yang wujud pada pasangan anda

Ciri utama dalam perkahwinan bukan terletak pada keupayaan menyelesaikan perbezaan, tetapi kemampuan menerima dan menyesuaikan diri dengan perbezaan itu. Bagi sesetengah perkahwinan adalah penting suami isteri menerima perbezaan itu, malah mungkin ia menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.

Misalnya, si isteri sukakan suasana rumah yang kemas dan teratur namun suami pula sering meletakkan barangan miliknya di merata tempat. Si isteri mungkin merungut tetapi menerima hakikat bahawa itu adalah tabiat suaminya.

Mengenali diri anda

Sebelum memilih pasangan hidup dan membentuk keluarga adalah berguna jika anda lebih menyedari kekurangan dan kelebihan diri sendiri. Ia amat membantu dalam usaha anda memilih pasangan yang sesuai. Senaraikan kekurangan dan kelebihan diri supaya anda mendapat gambaran seimbang mengenai diri sendiri.

Anda juga boleh melakukannya bersama pasangan anda supaya dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta anda. Ini membolehkan anda membuat andaian terlebih dulu apa yang akan berlaku jika anda mengahwininya serta merangka jalan penyelesaian yang sesuai.

Mengenali personaliti antara satu sama lain

Antara faktor yang sering dikaitkan dalam permasalahan perkahwinan adalah sikap mudah terasa atau sensitif. Di kalangan kita, kira-kira 15 peratus hingga 20 peratus adalah Manusia Terlalu Sensitif (MTS) dan selebihnya bukan MTS. Sikap ini ditentukan oleh keturunan dan bukan kerana dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling kita dan wujud tanpa mengira jantina anda.

MTS biasanya mudah terasa apabila dikritik, namun mereka juga memiliki ciri positif seperti berfikir dulu sebelum bertindak dan sanggup menerima pandangan orang lain.

Kemungkinan ketara dalam perkahwinan antara MTS dengan bukan MTS adalah wujudnya percanggahan pendapat. Misalnya, apabila ingin membeli rumah, individu bukan MTS mahukan keputusan yang segera, manakala individu MTS mahu berfikir terlebih dulu, mungkin mengenai kemampuan membayar balik pinjaman, kesesuaian tempat dan sebagainya. Oleh itu, adalah bijak jika anda menetapkan terlebih dulu ciri teman hidup yang anda impikan.

Mengetahui masalah zaman kanak-kanak masing-masing

Antara punca wujudnya perkahwinan yang tidak bahagia adalah kemungkinan pasangan anda didera semasa kanak-kanak, sama ada secara emosi, fizikal atau seksual. Penganiayaan seperti ini akan menyebabkan seseorang itu sering mengalami tekanan perasaan walaupun sudah dewasa.

Biasanya individu seperti ini akan menghadapi kesukaran meneruskan kehidupan berumahtangga dan menyebabkan kesengsaraan hidup terhadap pasangan dan anaknya.

Anda patut berusaha mendapatkan bantuan pakar jika menghadapi masalah. Jangan cuba mengandaikan bahawa perkahwinan mampu menyelesaikan segala masalah anda. Masalah itu jika dibiarkan mungkin menjadi lebih buruk dan menjejaskan masa depan anda.

Mengetahui keupayaan dan kelemahan diri sendiri

Fikirkan dulu mengenai keupayaan dan kelemahan diri anda dari segenap sudut sebelum membuat keputusan untuk berkahwin. Jika anda lemah dari segi kemahiran dalam perhubungan anda mungkin mengalami tekanan untuk mewujudkan keharmonian perkahwinan. Malah, mereka yang mahir dalam perhubungan pun menghadapi cabaran dalam perkahwinan.

Ada pelbagai cara untuk menilai kemahiran perhubungan anda. Tanyalah diri sendiri sama ada mudah atau sukar untuk anda mengekalkan hubungan persahabatan. Jika jawapannya sukar, maka anda patut berusaha meningkatkan kemahiran perhubungan sebelum mendirikan rumah tangga.

Mengetahui keperluan penting hidup anda

Antara tujuan perkahwinan ialah untuk memenuhi keperluan bersama. Oleh itu, langkah seterusnya dalam menilai diri sendiri adalah mengetahui keperluan hidup yang penting bagi anda.

Rahsia Hubungan Pasangan Mengikut Urutan Dalam Keluarga


ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.

Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.

Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.

Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.

Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.

Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?

Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:

Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.

Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.

Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.

Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.

Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.

Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.

Cinta Bukan Untuk Pengecut


Anda berkenalan dengan si dia dah dua tiga bulan.


Seorang yang menepati janji.Kalau dia kata akan telefon…dia pasti telefon.Kalau time `dating’ dia selalu datang awal dari anda,lewat mesti dia cakap dan alasannya amat munasabah.


Amat menghormati anda.Kawan-kawan anda pun suka kat dia,selesa.Kucing anda pun suka jugak kat dia.Segala ciri kekasih impian anda ada padanya.Anda memang rasa dialah lelaki pilihan dan idaman anda.


Tapi anda selalu juga tidur tak lena.Tangan kadang-kadang sejuk je.Kerja atau pelajaran tak dapat tumpuan sepenuh dari anda.Bila orang tanya, “Kekasih apa khabar? Bila nak kahwin?”


Anda Takut! Risau!


Apa kena dengan anda ni?


Takde apa pun sebenarnya.Anda berada di peringkat dalam sesuatu perhubungan di mana semuanya berjalan dengan baik, tapi sebahagian dari perasaan anda takut ia berakhir.Takut kalau tiba-tiba si dia terus berhenti dari telefon anda.Takut dan risau si dia “jumpa” kekasih hati lain.

Apa yang anda sedang lalui,perasaan takut ini adalah normal.Setiap kali si dia buat sesuatu yang anda suka,anda akan lebih sayang padanya.Setiap kali sayang ni bertambah… takut dan risau pun bertambah juga.

Anda takut kerana anda baru mengenali si dia,tak begitu kenal dia betul-betul…hati budinya…dan si dia sedang memegang “hati” anda di tangannya!
Macam-macam soalan ada dalam kepala anda.Dia ni memang hebat,idaman ramai wanita,bila-bila boleh dapat `girlfriend’…tapi kenapa tak kawin lagi? Macam-macam lagilah soalan timbul..

Anda rasa diri anda sedang menahan keinginan nak telefon `parents’ dia,adik-beradik,kawan-kawannya dari bertanya soalan tentang karektor si dia.
Tolong sedar dan Faham! Jatuh cinta bukan untuk mereka yang Pengecut!
Ia perlukan kekuatan,keyakinan diri dan sikap yang positif.

Anda akan `berminat’ untuk mendengar setiap patah perkataan dari rakan-rakan anda yang sangat teruja untuk memberi nasihat terhadap perhubungan anda.

Tapi JANGAN buat begitu.

Fikirkan perhubungan anda ini sebagai benih yang anda semai.Ia perlukan masa untuk tumbuh dan bergerak keluar dari dalam tanah ke atas bila bercambah,tapi setiap kali anda berbincang dengan pihak ketiga tentang perhubungan anda,anda sendiri yang mengorek benih tersebut keluar dari tanah,mengganggu proses semulajadinya.

Perhubungan anda tidak akan menjadi sesuatu yang berharga di antara anda berdua tetapi tajuk perbincangan dan spekulasi orang lain.Anda sendiri telah meragut misteri dan keindahannya.

Elakkan keinginan bertanya rakan-rakan, “Dia cakap macam ni la,apa kau fikir maksudnya ya?”.. Sebaliknya tanya si dia sendiri! Kalau si dia melakukan sesuatu yang buat anda tidak selesa, cakap padanya,maklumkan perasaan tidak selesa anda itu pada si dia. Simpan perhubungan hanya di antara anda dan dia.

Terima sikap “tengok apa akan jadi seterusnya”.

Ini pasti perlukan keberanian…tapi amat berbaloi. Berilah perhubungan anda ini cahaya matahari dan air serta baja yang layak baginya.

Hanya anda sahaja yang boleh menentukan si dia layak dan sesuai untuk anda.

Tolong percayakan diri anda untuk melakukannya.

5 Tips Dalam Pasangan



1. Saling Mempercayai
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda.Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?


2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab "tak nak", "tak mahu", biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.


3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.


4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya.
Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah." Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?

5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta.
Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi "ditinggalkan". Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.


Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya.

50 Tips Pikat Lelaki




1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.


2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.


3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.


4. Jujur dan sentiasa merendah diri.


5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.


6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).


7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.


8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.


9. Jangan terlalu mengongkong.


10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.


11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.


12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.


13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.


14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.


15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.


16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.


17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.


18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.


19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.


20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.


21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.


22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.


23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.


24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.


25. Mengetahui bila hari lahirnya.


26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.


27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.


28. Agresif.


29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.


30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.


31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.


32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.


33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.


34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.


35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.


36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.


37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.


38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!


39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.


40. Jangan bersikap terlalu kuno.


41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.


42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.


43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.


44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.


45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.


46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.


47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.


48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.


49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.


50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!