Tuesday, January 1, 2008

Ada Apa Dengan Lelaki



Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki


Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.


Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.


Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.


Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.


Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.


Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.


Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.


Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.


Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.


Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.


Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.


Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.


Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.


Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

30 Petua Kukuh Ikatan Cinta



Bagi merealisasikan setiap impian berkenaan, pasangan yang bercinta sering mendambakan harapan supaya suatu hari nanti mereka mampu bersatu dan mendayung kebahagiaan bersama hingga ke akhir hayat.


Namun bukan semua harapan itu dipenuhi. Ada kalanya setiap perhubungan diuji bagi mengenal sejauh mana kentalnya rasa kasih pasangan. Adakah anda tabah dengan dugaan yang diberi?


Apapun, 30 petua berikut mungkin boleh dijadikan asas penting kepada pasangan yang bercinta supaya hubungan terus kukuh, intim dan akhirnya menjadi insan paling bahagia di dunia ini.


- Setiap insan ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang seseorang itu bertemu jodoh yang berada jauh darinya.


- Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakal, insya-Allah akan menemukan anda dengan pasangan.


- Banyak orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.


- Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti magnet yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.


- Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


- Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca al-Quran, memaafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.


- Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan akan membenci anda.


- Harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangan pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.


- Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama.


- Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.


- Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.


- Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.


- Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan.


- Tidak salah bagi wanita memulakan usaha untuk berkenalan. Lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya wanita yang memulakannya.


- Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati serta bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.


- Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


- Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.


- Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


- Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain serta seronok untuk didampingi orang lain.


- Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sesiapa saja boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.


- Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.


- Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang ringkas, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan reda dengan setiap pemberian lelaki terbabit.


- Wanita mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Oleh itu, lelaki janganlah terlalu berjimat atau kedekut.


- Lelaki harus belajar mengenal kerenah, perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebencian wanita.


-Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.


- Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.


- Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan perbezaan sifat, tindakan serta minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.


- Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi serta melengkapkan sikap dan sifatnya.


- Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering berasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.


- Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki membentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan bersama.

8 Cenderahati Paling Berharga



Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.

Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.


2)Mendengar.

Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.
Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.

3)Diam.

Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan persaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatuir dan mengkritik bahkan membebelnya.


4)Kebebasan.

Mencintai seseorang bukan bermaknak memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.


5)Keindahan.

Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.


6)Tanggapan Positif.

Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.

7)Sedia Mengalah.

Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.


8 ) Senyuman.

Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??


Hadiahkan lah cenderhati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.

9 Perkara Yang Tak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki



1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam-diam meminati anda, apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia.


2. Membenci ibunya? Cukup dengan menyimpan perasaan itu dlm hati saja. Meskipun si dia yg membuka cerita soal keburukan sang ibu. Jangan cuba-cuba menambah atau mengiyakannya. Bertindak tenang dan tutup mulut. Kalaupun hendak memberi komen, utarakan hal-hal yang positif dan neuteral sahaja.


3. Jangan menceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia. Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda. Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda. Tidak mustahil diaakan mengulanginya.


4. Seiring dengan bertambahnya usia, ‘keperkasaan’ si dia tentu akan mengalamipenurunan. Jangan cuba-cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu.


5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya. Dia akan berfikir bahawa anda juga akan bertindak demikian. Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebabkeselamatan hubungan dia dengan anda.


6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan. Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah, berdirilah dipihaknya. Sokonglah dia dan bantunya mencari penyelesaian. Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut. Cukup sekadar mendengar dan memberi pendapat. Dikhuatiri akan memudaratkan sekiranya anda cuba untuk masuk campur secara keterlaluan.


7. Bercerai adalah perkataan yang paling harus dihindari, walaupun anda benar-benar bertengkar hebat. Jika anda benar-benar tidak mahu berpisah darinya, buang kata-kata itu jauh-jauh.


8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar darinya, jangan pernah menyinggung hal tersebut, apatah lagi menjadikan ia sebagai punca masalah.


9. Ghairah hidup anda tiba-tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda. Jangan sesekali menceritakan hal ini pada pasangan anda. Biarkan hal itu berlalu dan anda nikmati sendiri tanpa melampaui batasan tatasusila. Yang penting, anda tidak akan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan keseronokansementara.

20 Tips Dalam Percintaan



1. Adalah sesuatu yg menyeronokkan apabila kamu menyatakan bahawa hanya dia seorang sahaja yg kamu cintai untuk selama-lamanya dan tidak akan ada duanya.


2. Paling menarik apabila kamu sekali sekala mengirimkan kad ucapan yang di buat sendiri. Jangan tunggu sehingga hari jadinya atau pada hari kekasih hari-hari biasa juga kamu boleh meluahkan perasaan cintamu padanya.


3. Setiap saat kamu harus mengingatinya dalam sebarang pekerjaan yang kamu lakukan. Percayalah apabila kamu mengingatinya si dia juga pasti akan mengingatimu


4. Sentiasa berkongsi rahsia dengannya. Si dia akan merasakan dirinya amat penting dalam hidup kamu kerana dalam semua hal kamu tidak pernah berahsia dengannya.


5. Setiap kali si dia melakukan kesilapan jangan sesekali merendah-rendahkannya. Tugas kamu adalah beri sokongan padanya agar bangkit memperbaiki kesilapan bukan membuatkan dia lebih rasa rendah diri.


6. Jangan malu untuk beri mesej ataupun ucapkan sendiri padanya kamu rindukan dia terutama apabila si dia tidak ada di sampingmu walaupun sesaat.


7. Jangan terlampau berdandan sehingga membuatkan si dia bosan denganmu.


8. Lelaki juga sukakan hadiah tetapi mereka tidak tunjuk jadi apa kata yang perempuan sekali sekala berilah si dia hadiah walaupun hari jadinya lambat lagi. Begitu jugalah dengan lelaki yang sememangnya sudah sedia maklum perempuan suka terima hadiah. Berbunga-bunga hati bila kamu beri hadiah padanya.


9. Janganlah rasa terlalu kecewa sekiranya si dia terlupa melakukan sesuatu yang kecil untukmu.


10. Jangan bandingkan dirinya dengan sesiapa kerana si dia akan menganggap kamu lebih suka orang lain darinya.


11. Raikan hari jadinya dan lakukan kejutan dan sambutan yang berlainan setiap tahun.


12. Belajarlah membuat keputusan sendiri. Jangan sekadar menyerahkan kepadanya bulat-bulat untuk membuat keputusan.


13. Jangan selalu menganggap si dia boleh membaca semua yang ada dalam hatimu. Belajarlah berterus terang…


14. Setiap malam telefonlah si dia untuk mengucapkan selamat malam.


15. Jika dia membayar tiket wayang, apa salahnya kamu pula yang membeli makanan dan minuman ringan.


16. Hargailah ‘privacynya’ jangan sesekali menceroboh membaca diarinya.


17. Sekiranya ada kelapangan, ajaklah si dia bercuti.


18. Jika kamu mempunyai lesen memandu janganlah biarkan hanya si dia sahaja yang memandu. Tawarkanlah bantuan kamu untuk membantunya memandu. Tidaklah si dia rasa seperti pemandu..


19 Berikan nama gelaran yang mesra tetapi hanya kamu berdua sahaja yang mengetahuinya.


20. Apabila berlaku perkara-perkara yang memalukan pada dirinya, berpura-puralah yang kamu tidak mengetahuinya.

60 Petua Mendapat Pasangan


1.Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti "magnet" yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.

Belajar Ubati Kekecewaan



RASA kecewa atau kesal ada pada setiap orang. Bagi remaja, perasaan ini memang sudah sinonim. Masalah keluarga, putus cinta dan gagal dalam peperiksaan adalah antara punca utama. Kebiasaannya apabila sudah terkena ‘penyakit’ kecewa, ramai yang sukar mengikisnya.

Berasa kecewa atau kesal adalah normal, malah anda boleh dikatakan ‘tidak normal’ jika tidak pernah berasa kecewa sepanjang hidup! Bagaimanapun, jangan biar ia menguasai diri hingga mendorong anda bertindak luar dugaan dan mengalami tekanan yang boleh merosakkan diri dan kerjaya.

Sebagai remaja, anda perlu mengharunginya dengan matang. Cuba belajar untuk mengubati kekecewaan. Tidak semestinya rasa kecewa itu akan berterusan kerana jika kita yakin dan terus bersemangat pasti ada harapan pada masa depan.

Berikut beberapa panduan untuk membuang rasa kecewa:

- Terima kenyataan
Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan. Sebagai manusia, kita tidak boleh menentukan kehidupan kerana segalanya bergantung kepada takdir dan ketentuan Ilahi. Apa yang boleh kita lakukan ialah berusaha mengubah nasib kita.
Ada ketikanya kita bernasib baik, tetapi ada masanya kita juga diuji pelbagai dugaan. Rasa kecewa itu antara ujian dan dugaan yang diberi kepada kita. Hadapinya dengan tenang dan reda kerana selain memiliki hikmah tertentu, ia pasti mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan menjadikan kita insaf.

- Berfikir
Senaraikan pro dan kontra apabila anda membuat sesuatu keputusan supaya anda tidak berasa terlalu kecewa apabila berlaku perkara yang tidak dijangkakan.
Biarkan ia berlalu dan lama-kelamaan anda akan dapat mengatasinya sendiri.

-Berfikiran positif
Cuba kenang kembali peristiwa kerana kebahagian yang anda miliki hari ini mungkin disebabkan pengalaman silam anda. Memang sukar untuk berfikiran positif apabila berdepan dengan sesuatu tragedi.
Jangan terlalu mengikut perasaan, sebaliknya tumpukan kepada perkara positif yang pernah anda lakukan dalam hidup. Ia pasti banyak membantu apabila anda berdepan rasa kecewa.

- Luahkannya
Bahaya jika memendamkan rasa kecewa kerana ia boleh memakan diri. Kesannya anda boleh mendapat kemurungan dan tekanan (stress).
Apa yang penting, anda perlu berkongsi rasa itu dengan menceritakannya kepada orang yang lebih rapat dengan anda. Bagi remaja, ibu bapa adalah individu paling sesuai. Jika anda mengadu, sedikit-sebanyak perasaan kecewa itu akan reda dengan pujukan, nasihat dan semangat yang anda peroleh daripada mereka.

- Beri tumpuan pada hidup
Teruslah berusaha untuk mencapai matlamat diinginkan. Apabila anda mempunyai fokus, segala cabaran dan rintangan boleh dihadapi dengan mudah. Apa yang penting, jangan biarkan perkara remeh menghantui anda sehingga membuatkan anda kecewa.